Thursday 25 November 2010

Local Music Award

to have been chosen in the semi final, I would say it is a great achivement for the group. But not being selected as top 6 to go further to quarter final is an anticipated decision, basically open to discussion. here are the comments from the official website of 'Muzik-muzik 25'
1-HUJAN FEAT MIRWANA- TIKA MASANYA

-Gandingan yang menarik.Tiada yang salahnya dalam eksperimen gabungan sebegini.Cuma dalam dua persembahan Mirwana malam itu,jika kita tidak kenal kumpulan ini mungkin kita tidak tahu mereka adalah sebuah kumpulan nasyid.Harmoni dalam nyanyian berkumpulan mungkin boleh dijaga untuk kedengaran lebih baik,kerana selain itu apa lagi label nasyid yang ada pada kumpulan ini?

7-FIQ FEAT MIRWANA- MANIFESTASI CINTA

-Lama tidak melihat kelibat penyanyi ini walaupun dia baru muncul dengan album baru.Kawalan vokal Fiq kali ini nampaknya tidak sebaik separuh akhir MM yang lalu.Lagu ini mungkin banyak memaksa dia menyanyi dengan nada yang sangat tinggi tetapi buat pertama kali dalam persembahannya,saya melihat penyanyi ini sudah pandai menjerit which is tidak bagus dalam pendidikan seni suara.






I would like to hear your comments, please leave your sincere thoughts for the betterment of the group development.


2 comments:

Anonymous said...

bismillah..

semoga komen yang bakal sye tuliskan bukanlah berdasarkan nafsu dan akal smata2, ttpi diharapkan berpandukan petunjuk dari Ilahi..

"mengapa kita bernasyid? mengapa kita berdakwah?" adakah ikhlas semata2 kerana Allah atau terselit sedikit niat di hati demi mencari kemahsyuran.
sye tidak meminta sesiapa menjawab, sekadar soalan retorik. hati masing2, sendiri lebih mengetahuinya. sungguh, Allah hanya menerima amalan yg dilakukan 100% ikhlas kerana Allah swt.

mana mungkin kebatilan di campur adukkan dengan kebenaran. jika ada percampuran, adakah mungkin kebenaran bukanlah 100% kebenaran?

maafkan sye jika kata2 sye ini seoalah2 "bajet bagus" dll. saya cuma terfikir, mengapa nasyid yang sebenarnya dilagukan utk mengembalikan manusia kepada mengingati Allah di sekalikan dengan lagu rock (rock sahaja dengan gaya yg sopan mgkin boleh terima lagi) dan diikuti gerak badan yang menampakkan seolah2 nyanyian dilagukan tnpa penghayatan.

ditambah pula dengan gaya penyanyi yang tidak menggambarkan kesucian,kelembutan, ketenangan dan keindahan agama Islam itu sendri.

apakah matlamat yang sebenarnya ingin dibawa? barangkali ada yang mengatakan, owh, nak tarik orang yang minat rock kepada ISlam..

izinkan sye bertanya, berapa ramai yang tersentuh hatinya dengan2 nyayian2 sedemikian, atau adakah sebenarnya nyanyian tersebut lebih membawa kepada kealpaan dan kelalaian dari mengingati Allah?

lebih2 lagi,keadaan tmpat nyayian yang terlalu rmai bersorak, dan batas pergaulan antra lelaki dan perempaun tidak dijaga..

mampukah hati ini mengingati Allah sepanjang persembahan..

sekali lagi, bukanlah sye memberi soalan utk dijawab, dan merasakan diri "bajet bagus" or whatsoever..

sengadar memberi komen ikhlas seperti yang dikehendaki penulis blog

walau apa sahaja yang dilakukan, lakukan lah kerana Allah and for the sake of Islam

we are not doing dakwah so that people would look high on us nor to gain wealthy in this world

but we are doing it, because of Allah, only and only for Allah..

janganlah kerana ingin membahagiakan hati manusia, kita sggp membuat sesuatu yang tidak disukai Allah

bayankan jika para sahabat melihat persembahan tersebut, mungkinkah mereka menyokong dan menggalakkan atau tidak..

maafkan sye jika saya yang tidak berpandangan jauh dalam menilai situasi, atau saya yang masih jumud pemikiran dan terlalu mentah dalam seni dakwah

sekadar memberi pandangan ikhlas, seikhlas yang mungkin sye berikan..

semoga apa jua yang dilakukan mendapat redha Allah

p/s: sye refer pada video yang terakhir..

abuariffin said...

thank you very much for your comment...will try to forward the concern to the responsible party...